Friday, November 2, 2012

naik bas or mengejar bas??

assalamualaikum sayangss sekalian :DD

hari ini telah membuatkan aku rasa macam nak berblog. hew hew. tapi biarla aku nak menceritakan pengalaman mengejar bas transnasional bersama my sweat sis, iaitu deena khalil. sumpah bila aku teringat balik memang membuatkan aku ketawa berdekah-dekah. tak la berdekah sgt. tipu jek. tp bila dikenang memang tersangat lah mencemaskan plus menggelabah biawak. 

cerita ini bermula pd pertengahan bln februari 2012, di mana kakak ku ini sangat lah tergedik-gedik nk ikut aku balik ums yg kucintaik sangatttt! paling dia nak ikut sgt sbb murah kot. (hmm waktu p jela murah, balikk, ermm harammm~). kebetulan kak aku telah booking ticket di mana kami gerak from kl to kk. dan flight kami itu sgt lah pg gila iaitu pukul 7. jd kami plan la nak tidoq rumah grandparents kami yg tercinta iaitu tok baba and tok mami di klang, selangor. so kami pun perlu lah bertolak awal sehari la kan kan?? 

okay, dipendekkan cerita, kami perlu lah naik bas utk ke sana. jd,mlm sebelum kami bertolak kl, kak dna a.k.a KD telah pun book tiket bas. bas yg popular yg selalu naik pun trans je la kan. hehe. tak silap bas tu gerak pukul 11 pg kot. kemudian, setelah book, kami pun balik lah ke rumah dgn bahagianya. hew. (lega lah dpt book tiket suma dah). disebabkan excited kd nak p sabah, mcm biasa bila kemas barang mst lah sembang2 sampai ke tgh mlm kol 2 3 ke kan. (pdhal esok bas kol 11 kot!). dah lah kami dua2 ekoq ni susah gila kan nak bangun. kebetulan masa kami nk p kl tu our parents mana lah ada nak gerak kami sbb depa telah pun keluar mencari rezeki pd hari itu. (maksudnya hari bekerja lah time kami nak p kl tu). 

pagi hari tu, sbb tdo lambat telah mmbuatkan aku bangun lambat brsama KD. tu pun nasib baik lah ibu call waktu dia rehat. kalau takkkkk, ermmm tak sampai lah aku kt kk on the next day. -.- tak ingat ibu gerak pukul berapa but dlm pukul 9 lebih maybe. apa lg bangun tu menggelabah la. nak siap bagai. dah la jenis lama nak bersiap jgk. sekali akhirnya kedua2 kami siap dlm pukul 10.45 cmtu laa. ya Allah, mmg lambat kot tara nak sampai stesen bas tu. walaupun dkt tp disebabkan jam, memang terkejar-kejar jgk la. aku ngan KD da memang cuak thp dewa la. kalau terlepas bas ni mmg sure kena maki marah la dgn our beloved parents. masing2 dok saling menyalahkan antara satu sama lain tntg sapa yg bersiap lewat sgt. nasib baik abg aku si uden tlg hantarkan. tu pun setelah dipaksa hantar jgk. haha. 

tapi nk dijadikan cerita, mmg jam habih la area SP masa tu. sekali tgk dah pukul 11. mmg rasa nak menangis pun ada. that moment mmg perasaan cuak tu terlalu la maha hebat (bermadahnya aku. hew). muka KD dah mcm nak menangis stress. aku pulak buat cool je walaupun dalaman menggelabah bewak. kalau dah terlepas bas tu kiranya takdir lah. boleh pulak aku berlapang dada time ni. tu yang buat KD bengang tu!! haha. (i loike!). jam yg menerukkan keadaan. cuba bayangkan dah pukul 11.10 cmtu kot if tak silap, kami masih di tengah kesesakan lalu lintas. bila dah nk sampai stesen, lega lah sikit. tp sekali nampak bas TRANS keluaq from stesen, rasa macam dafuqqq!! mampoih dahhh. punggah! tak dan naik bas. aku berdoa semoga bkn itu basnya. tp mcm tak logik plak kan. plg lmbt pun bas akan tunggu mungkin dlm 10 minit jahh. sekali sampai sana, terus KD dengan muka masam macam budu, ehh. (budu masinn lahh.) terus pergi tmpt TRANS punya tiket. ya Allah, kalau hangpa pernah tgk muka masam dia, mmg sakit hati tgk. haha (opps terkutuk plak hew). 

bila masuk kereta balik, terus dia maki sat then kata, "mmg tu lah bas kita, sialll!!" (actually aku takngat dialog sebenar sbb kejadian ni dah lama kan, so aku assume cmni laa. haha). aku pun malas nak bising2. kang bergaduh plak kami tang tu. aku ingat lg time tu sampai dia baling abih purse dia! takot weh kalau dia mengamok. haha. pastu ada ja point dia nak marah aku. pdhal aku tak buat apa pun. (yeke?). uden pun tak terkata apa2. KD ada tny jgk kot smpt tak nak kejaq bas tu, lps tu org tiket ckp dia akan try call cmtu laa. tp smpt gk kot nak kejaq. haaaa, apa lagi terus jadi pengembaraan kami utk kejaq bas pulak. haha

uden pun dgn penuh cekapnya telah memandu dgn begitu rakus sekali semata2 nak kejaq bas stlh diberi motivasi oleh KD. (motivasi=kena marah). mungkin lebih 110 km/j. (takngat jgk sebenarnya). sekali kami nampak bas tu kt tol sp selatan sebab aku ingat iklan yg ada kt belakang bus tu. masa tu rasa mcm masih ada harapan lagi la nk naik bus tu. hati pun berbunga-bunga weh! *err. mcm cinta pulak* kot2 la bila kami lintas bas tu ada harapan la dia nak stop sat kt tol tu. tp apakan daya bus tu bergerak laju meninggalkan kami di belakang. tiba2 rasa sedih masa tu. eceh! KD terus suruh uden bwk laju gile semata-mata nak jgk kejaq bas tu. sebab nak naik jgk! haha. bak kata pujangga, "selagi boleh berjuang, berjuanglah sehingga berjaya jgk naik bas" (yana, 2012). 

akhirnya dgn semangat yg kental, kami berjaya melintas bas tu dkt highway! KD siap babai2 lg dekat pakcik dreba tu. bg signal la suruh berenti cmtu. *eh sukati  je kan haha* bila dah lintas tu kami pun berenti la tepi jln dkt dgn R&R mana tah dgn harapan pakcik tu faham. KD siap keluaq dr keta tau! sekali tgk bas tu lalu macammm tuuuu je. panas betoi! penat dok gawang tangan masa dan lintas dia. ngek punya pakcik bus! *eh* KD mmg bengang gila kot. aku pun tak tau nak kecek gapo lagi masa tu. hanya Tuhan yg tau perasaan ku. then KD pksa soh kejaq jgk bus tu no matter what mesti dpt naik jgk!! haaa. terkial2 uden bawak keta. sampai lah satu rNr yg lain (masa tu da nak dekat bertam dah rasanya), akhirnyaa berjaya gk kami lintas bas tu! sekali tu gawang2 tangan akhirnya pak cik bus tu berenti gk.. ya Allah masa tu mcm nk sujud syukur je tp takut kena maki plak ngn pakcik tu lambat plak kan. ahaha. lastly dgn masing2 muka lega terus lah naik bas menghala ke kl. tapi muka pakcik tu mmg ketat gilavavun. errr. ye la kann dah takot lari schedule sampai kot. ekeke. sori pakcik bus ensem! *amekhati* dan seterusnya kami pun selamat sampai ke KL. hew hew. begitulah journey kami pada hari tu yg sgt lah adventurous sgt! at least ada lah pengalaman yg boleh diceritakan time tua nanti kan kt anak cucu. ekeke. k baiiii

Monday, July 2, 2012

i loveeee sem 4!!

assalam syg cium kaki tangan kepada semua penjengah blog gue. hew hew. rasanya dah terlalu lah lama nda ber blog (tetiba speaking sabah). mungkin sbb bz sgt kot (bz lah SANGAT!). tp sbnarnya mmg sem lepas boleh dikatakan one of the most hectic sem! mmg dgn assignment belambak2. yg plg tak tahan uh sebab banyak lecturer bagi last minute punya assignment. dah lah aku ni last minute punya orang! alamatnya bertambah-tambahlah last minute aku menghantar those assignments #oopsss! diam2 je. hehe. 

disebabkan ini aku mengambil keputusan utk kurangkan online dan tumpukan kpd final exam (yeke?iyekan jela eh hehe). tp betapa gila lah menjawab final dulu. cuba bygkan betapa last minutenya aku sampai lab report tertangguh sbyk 5 lab kot! ya Allah aku pun tak tau la sampai bila aku perangai camni. haha. teruk betul -.- (aku akan cuba berubah. diam kpd sesapa yg mgkin gelak bila aku ckp cmni!)

btw, biarlah aku mneruskan penceritaan aku tntg ke'hectic' an hidup aku semasa final. yg pasal lab report (food microbiology lab only) tu sbnrnya pd mulanya kami semua hantar amat tepat pada waktunya. tetapi disebabkan ke 'flexibility' an mr tin a.k.a our demonstrator, beliau telah mengeluarkan statement bhw beliau tidak lah kisah mau hantar bila asalkan hantar. week 14 pun okay. apa lagi giggle2 lah aku kt blkg ngn muka troll ckit. hewhew. dah memang dasar pemalas nak buat report kan -.-. kemudian disebabkan thp kemalasan yg mmg tahap dewa muruga (eh?), aku telah menangguhkan begitu banyak report sehinggalah bila nak dihantar telah clash dgn assignment2 lain spt assignment dr madi yg terlebih mukasurat dr yg sepatutnya. jadi ternyata benda ini membuatkan aku tersangat2 lah stresss sbb aku memang diketahui oleh rakan2 yg ku cintaik suma, bahawasanya aku ni bkn lah jenis yg senang stres. (kuat gelak je memanjang. astajaaaa!). jadi moralnya: padan dengan muka aku yg comel ni (eh?) sbb suka sgt bertangguh. tp pape pun aku sentiasa memastikan hasil kerja aku terbaikkk okayyyy!!!
akhirnya aku dan echah bertungkus lumus membuat kerja last minute (oopss sori echah! nama mu terlibat di sini) and ditambah2 dgn nak study nya pada waktu study week yg hok alohh 2 3 hari jewww?? mmg mcm HELL la kan. aku mcm nak menangis time tu. aku sgt sgt lah stres thp cipanzi. siap ckp tak nak buat dah last minute (macam satu penipuan thadap diri seniri plak. hewhew).  tp tak kisah lah kan. akhirnya kami siap buat tp hantar plg lambat kot. hahaha. mamposlah kisah apa janji hantar. bak kata pujangga, "better late than never" (yana, 2012). plus, credits to hisham shuhaimi a.k.a abe and also blogger bercinta dgn dinding, eh silap! bercakap dgn dinding. ehehe. beliau (bagilah pgkt mcm tinggi sikit) tlah menyudikan dirinya meminjamkan motornya yg share dgn ayie purple utk dinaiki oleh aku dan echah tanpa segan silunya. (hew  hew). love you abe! (dgn muka eww eww). 

pulak tu, time aku hantar itu ada lah minggu yg tersangat lah bz sbb nak study 2 subjek tough yg mmg tough gila babeng angry bird hijau tu. and boleh dikatakan aku dan echah yg telah menjadi roomate tiba2 stlh belajar di bilik beliau selama 2 minggu (or lebih kot) telah menjadi gila di minggu itu disebabkan subjek food mocrobiology and sweet subject of operation unit. budak2 coarse aku memang sukaaaaa sangattt dua2 subjek ni sbb ianya sgt lah memerah otak. pfftt -.- dan yg plg best of the bestest is kedua2 subjek ini adalah pd hari yang sama! pagi petang kot babe. mmg rasa nak muntah gila study subjek ni. mmg aku dah tak larat nak maki jgk la lps jwb soklan sbb sememangnya selain menggoreng tanpa minyak dgn penuh yakin, aku telah memaki hamun dgn jayanya dlm paper tersebut. tapi harapnya ada jgk point yg aku goreng tu sedappp bg lecturer yg menandanya. mungkin ada yg aku goreng trlebih rasa masam or masin or tawaq hebiaq (okay, apa yang aku mengarut ni? kembali ke jalan benar yana -.-). argghhhh persetankan! janji aku dah jawab. tp sebenarnya takot jgk la result akan datang ni. Y.Y Sesungguhnya Allah je la yg dpt bg miracle tu~~

and yg plg sakit hati is, subjek PPIB iaitu bhs arab yg selalunya lah akan berada di awal minggu exam ( selalu 1st week), telah menjadi rasmi berada di minggu ke-3 exam (masa ni pun rasa perasaan WTH?? cmtu lahh. aku bet coarsemate aku pun cmtu gk. jgn nak membongak! hew hew).jd kami sebenarnya agak lah memboikot kenapa PPIB begitu di belakang minggu (i mean minggu ke-3) sdgkn jika awal kami pasti boleh merdeka dan bersuka ria! but what to do, terima and pasqah jelahhh. wuuu. 


tp lama kelamaan terasa cpt jugakla. mungkin sbb sexcited sangat nk balik kannn~~ \(^^)/ balik pun ak balik dgn si echahh yg comot. wee. tp yg sedihnya sampai kesut aku tak dapat tgk wayang dgn jacob a.k.a low beam sbb dia busy sangat hantar org pergi airport. nak buat cmna cari nafkah hidup kan. huu. btw kisah cinta ku tergantung di situ (tetiba masuk cerita lain plak). err. cerita cinta boleh cerita kemudian kot yana -.- err baiklah. mungkin sampai di sini saja aku mengomel di sini. nanti kalau rajin akan ku tulis tinta yg lain utk kalian tatap (ayat ala a. samad said plak). okay pai pai ^^